Kuiz uji minda muamalat
Kuiz uji minda munakahat

Quiz Munakahat dan Muamalat

Quiz Munakahat dan Muamalat

Quiz Munakahat dan Muamalat

Quiz

1 / 6
  1. Apakah hukum perkahwinan ke atas seseorang yang belum berkahwin apabila dia mampu dari zahir dan batin serta tidak dikhuatiri mengahmpir zina ?
    1.   Makruh
    2.   Wajib
    3.   Sunat
    4.   Haram

Munakahat

PENGENALAN


Fiqh atau fiqah yang berasal daripada perkataan Arab iaitu dari segi bahasa ditakrifkan sebagai mengetahui dan memahami. Manakala, munakahat bererti perkahwinan atau pernikahan. Dapat disimpulkan bahawa fiqh munakahat berkaitan dengan suatu ilmu berkaitan dengan hal-hal dalam perkahwinan atau pernikahan.


Menurut Noresah (2014), nikah adalah suatu akad (perjanjian) yang mengandungi lafaz atau ucap ijab dan kabul yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan. Menurut Osman (2001), akad antara calon suami dengan wali pihak perempuan bagi membolehkan lelaki dan perempuan tersebut bergaul sebagai suami isteri yang sah mengikut syariat Islam. Dalam Islam, perkahwinan merupakan satu perlakuan dalam melaksanakan tuntutan fitrah manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-nisa ayat pertama:




Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu minta menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kau kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


(Surah An-Nisaa' : Ayat 1)



HUKUM PERKAHWINAN


Harus : Tiada tuntutan yang mendesak

Wajib : Mampu dari zahir dan batin dan takut akan melakukan maksiat atau berzina

Sunat : Mampu dari segi zahir dan batin dan tidak dikhuatiri menghampiri zina

Makruh : Tidak mampu bagi nafkah tetapi berkeinginan untuk berkahwin

Haram : Tidak mampu melaksanakan kewajipan, keadilan atau melakukan kezaliman kepada pasangan




RUKUN NIKAH


Rukun nikah terbahagi kepada 5 iaitu :





WALI :


Wali merupakan orang yang memiliki atau diberi kuasa syarak bagi akad nikah. Wali adalah salah satu dari rukun nikah yang perlu dititiberatkan dalam munakahat. Wali mestilah individu yang berada di pihak perempuan. Susunan wali juga penting bagi memastikan perkahwinan yang bakal dilaksanakan sah di sisi Allah.

Susunan wali adalah seperti berikut : 



MAHAR


Mahar merupakan pemberian atau mas kahwin yang wajib diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai tanda hormat pada pihak perempuan. 

Sebagaimana firman Allah SWT :



Maksudnya : Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah)mpemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.


(surah An-Nisaa' : Ayat 4)




HAK DAN KEWAJIPAN SUAMI ISTERI





Muamalat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pengenalan Muamalat 

Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala dari segi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi.

Pengertian Muamalat

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.


Prinsip-prinsip Asas

1) Keharusan sebagai Peraturan Umum :- Status semua perkara selain daripada ritual adalah dibenarkan sehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang. 
2) Kesimpulan Kontrak dengan Persetujuan Bersama :- Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau cara lain yang menyalahi undang-undang.
3) Pematuhan Kontrak dengan Maqasid al Shariah :- Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu hendaklah selaras dengan maqasid al shariah. 
4) Prinsip Edaran Kekayaan secara Meluas :- Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tangan yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan. 
5) Prinsip Ketelusan dalam Urus niaga Perdagangan :- Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telus supaya semua pihak jelas mengenai semua fakta penting termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka. 
6) Adil dan Saksama dalam Urus Niaga :- Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu diamalkan dalam semua transaksi dan kontrak Islam


JENIS MUAMALAH ISLAM



JENIS
PENGERTIAN
AL-WADIAH
BAHASA : MENINGGALKAN BARANGAN UNUK DIJAGA PIHAK LAIN

ISTILAH : MEWAKILKAN KEPADA BARANG BERHARGA KEPADA PIHAK LAIN UNTUK DISIMPAN

MUDHARABAH
BAHASA : PERSAMAAN

ISTILAH : PELABUR MEMBERI MODAL KEPADA PIHAK TERTENTU UNTUK DIPERNIAGAKAN DAN KEUNTUNGAN DIBAHAGI MENGIKUT PERSETUJUAN BERSAMA

MURABAHAH
BAHASA : PERTAMBAHAN KEUNTUNGAN

ISTILAH : JUALAN PERTAMBAHAN KEUNTUNGAN YANG DIPERSETUJUI ANTARA PEMBELI DAN PENJUAL

MUSYARAKAH
BAHASA : BERKONGSI ATAU BERCAMPUR

ISTILAH : SUATU AKAD ANTARA DUA ORANG ATAU LEBIH UNTUK BERKONGSI MODAL DALAM SESUATU KEGIATAN EKONOMI DAN BERKONGSI KEUNTUNGAN

AR-RAHN
BAHASA : KETETAPAN

ISTILAH : MENJADIKAN SESUATU BARANGAN BERHARGA SEBAGAI CAGARAN BAGI SESUATU HUTANG

AL-IJARAH
BAHASA : SEWA

ISTILAH : MENGAMBIL MANFAAT DARIPADA ORANG LAIN DENGAN MEMBAYAR BAYARAN TERTENTU

AL-BAI’ BITHAMANIN AJIL
KONTRAK JUAL SECARA TERTANGGUH TERMASUK KEUNTUNGAN BOLEH DIBAYAR SECARA ANSURAN

TAKAFUL
BAHASA : MENJAGA ATAU MEMELIHARA

ISTILAH : GABUNGAN ANGGOTA MASYARAKAT UNTUK SALING MENJAMIN DAN MENOLONG UNTUK MERINGANKAN BEBAN ORANG SESEORANG

Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional

  • Perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional boleh dilihat kepada konsep dan operasi. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep sistem kewangan konvensional pula berlandaskan pemberian faedah(riba) dalam hampir semua transaksi,baik dalam pinjaman, overdraf,pajakan,sewa beli simpanan dan kad kredit.
  • Dari sudut operasi pula, Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad yang telah dipersetujui oleh Syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA), Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah dan sebagainya. Manakala sistem kewangan konvensional pula operasinya adalah tidak berteraskan akad-akad yang sah dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat dalam sistem pinjaman yang berteraskan riba.
  • Sistem kewangan Islam pelaburannya bebas dari unsur ketidakpastian (gharar). Setiap pelaburan adalah mengikut hukum islam dan dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang telah diharamkan seperti perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tidak halal dan sebagainya. Sistem kewangan konvensional pula memberi kebebasan melakukan pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak bercanggah dengan undang-undang
  • Sistem kewangan islam terdiri daripada ulama, ahli akademik dan pakar perbankan islam. Mereka merupakan ahli majlis penasihat syariah sepusat yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan memastikan perjalanan operasi intitusi perbankan islam adalah konsisten serta sentiasa mengikut hukum syarak.Sistem kewangan konvensional pula mereka pakar dalam urusan perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan maksimum.
MUAMALAT ISLAM
KONVENSIONAL
TUJUAN KERANA ALLAH - KONSEP TA’AWUN
TUJUAN UTAMA IALAH KEUNTUNGAN - KAPITALIS DAN SOSIAL
TIADA UNSUR RIBA & PENINDASAN
BERASASKAN RIBA / PENINDASAN
BERPANDUKAN SYARIAT ISLAM DALAM SEMUA URUSAN
MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
HARTA SEBAGAI ALAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
PENGUMPULAN HARTA - MATLAMAT HIDUP